Thursday, January 27, 2011

:P

Salam....Izzah( classmate gua) bising2 suruh gua update blog ni.....gua dah la ada bnyk homework....ada satu artikel yg telah gua cipta........ni merupakan kajian saya.....enjoy arh...

Bismillah..

Ya Allah,ampunilah dosaku..

Entri kali ini,pastinya menarik minat anak muda kini.itu sesuatu yang aku pasti.lihat sahaja di laman sesawang islami di seluruh dunia.Pastinya remaja gemar akan topik-topik sebegini.Topik Cinta(^^,)

Bismillah..aku mulakan kalamku dengan nama Allah.Moga dijauhi segala tipudaya syaitan.

Apakah itu couple?Couple?Pasangan?zawjan?khu?

ya,definisi yang paling tepat menggambarkan couple ialah seorang lelaki dan perempuan yang bersama untuk tempoh masa tertentu dan tempat yang tertentu.

jangan salah faham!

Apa pula definisi bagi kahwin..?kahwin bermakna sepasang lelaki dan perempuan yang mengikat janji untuk bersama dalam satu tempoh masa yang mungkin sekali pengakhirannya adalah mati ataupun cerai.

Jadi,kita kembali kepada topik asal,yakni falsafah couple.artikel ini tidak akan aku panjangkan.Kita treus kepada apa yang ingin aku sampaikan.

Secara peribadi,aku berpandangan terdapat empat jenis couple yang telah aku kenal pasti.kesemua couple ini didefinisikan di bawah takrifan haram,makruh dan haram dan yang terakhirnya,dibolehkan..

Couple 1.

-Pasangan lelaki dan wanita yang bercouple memang dengan tujuan untuk berbuat maksiat.memang ada ye jenis ni .Pada mulanya,aku pun terkejut juga bila wujudnya couple jenis ini.Mereka bercouple dengan tujuan untuk bermaksiat di atas muka bumi Allah.Jika ditanya,confirm tak mengaku punye nak buat maksiat.Tapi,secara faktanya,memang wujud golongan yang seperti ini.

Ada juga orang yang hidup berlandaskan nafsu semata.Aku ingatkan geng Yahudi ja.

Couple 2

haa…ini paling popular di kalangan pendakwah muda.Detik manis bermula dengan alasan atas urusan dakwah.Bermula dengan menghantar ayat-ayat Al Quran,petikan hadis dan kata-kata hikmah dari para ulama.kemudian saling bertanya khabar,dan seterusnya ke peringkat seterusnya.yakni sesuatu yang dinamakan ‘couple islami’.Bab ni dahsyat juga.daripada title saya dan awak,dapat pangkat percuma seperti walid dan ummi.Senang kan?tak payah kerja tapi dapat pangkat percuma.Tapi,awas,berhati-hati semasa anda berpegang dengan couple ini ya.Elakkan maksiat!!Hukumnya?Lu fikirlah sendiri…

Perasaan cinta itu fitrah kepada manusia..



Couple 3

Simple je jenis ni.Ia merupakan perjanjian antara seorang lelaki dan perempuan yang mahu melaksanakan sunnah rasul(Mencelah kejap,sunnah yang lain dah buat?).Couple jenis ini umumnya terjadi di kalangan TL dan Daie muda.Mereka secara umumnya sudah mengenali bakal pasangan mereka dan sering saling ingat mengingatkan.Alhamdullillah,semoga cita-cita mereka tercapai jua.Tetapi,awas,berhati-hati apabila anda berpegang dengan couple jenis ini.Syaitan anda ada dimana-mana!!Awas!!

Berdosakah menyimpan rasa?



Couple 4

Paling simple dan teknik couple yang TerBAIK!!Seseorang wanita itu diikat dengan janji oleh seorang pemuda yang tidak dikenalinya melalui janji untuk menikahinya dalam tempoh beberapa tahun lagi.Dalam bahasa mudahnya,seseorang perempuan itu di “chop” oleh seorang lelaki walhal,perempuan itu langsung tidak mengenali lelaki itu.

Ada orang kata,ini pertunangan secara lisan yakni janji

-Jadi,couple jenis manakah pilihan anda?Anda buat pilihan..

bagi tahu lah ye….jangan lupa tinggalkan komen ya..

haa…sebelum saya menghabiskan kalam ini.Kita akan bersama menghujah demi sebuah solusi.Kita diskusi yuk.!!.

Umum,seringkali kita mengatakan bahawa couple itu haram.Lantas,ada yang akan mengambil tindakan drastik dengan memutuskan hubungan couple itu tanpa memikirkan apakah pasangan kita bersedia untuk menerima tindakan drastik ini.

Buat sahabat mahupun sahibbah yang menjadi pemandu di dalam sebuah perhubungan.relax,kool down..

Bila kita nampak papan tanda yang mengatakan bahawa couple itu haram itu di dalam sebuah perjalanan.Jangan tekan brek dengan mengejut.Sebaliknya,kita kawal stereng dan pastikan kita membelok dengan betul mengikut lunas-lunas yang ditetapkan.Kawal kelajuan anda dan berhentilah di tempat yang disediakan.jangan sesekali parking di tempat yang tidak sesuai atau masa yang tidak tepat.!Bukan apa,kerana jika anda terus tekan brek mengejut,tak pasal-pasal kena masuk hospital sakit hati.Kita tidak mahu tindakan yang berniat baik diakhiri dengan insiden yang tidak diingini.Apakah insiden itu?Ayuh,kenal pasti bersama saya..

pasangan beralih arah atau u turn ke hubungan yang dimurkai Allah,yakni melibatkan diri di dalam perilaku hubungan lesbian,gay dan sebagainya.
pernah terjadi,apabila seseorang itu ditinggalkan begitu saja,dia bertindak dengan mempermainkan perasaan perempuan lain.malah,ada yang berazam mahu menebuk buah yang masih dara sebanyak mungkin!ini realiti ya!!
Insiden kemuncak,gejala menunggang motosikal dengan kelajuan yang maksimum untuk melanggar pokok dengan sengaja yakni membunuh diri!
Fikirkanlah ya pemuda dan pemudi yang dimuliakan Allah.

No comments:

Post a Comment